Sabtu, 23 Februari 2008

WAKIL RAKYAT BARU

SIAPA YANG BAKAL DIPILIH?

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008. Lanjutan daripada tindakan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan mesyuarat pada keesokkannya iaitu pada 14 Februari 2008 dan telah membuat keputusan Penamaan calon Pilihjanraya akan diadakan pada 24 Februari dan hari pengundian akan diadakan pada 8 Mac 2008.

Jadi pada 8 Mac ini seluruh rakyat Malaysia termasuk penduduk kampung Machang Bubok yang berdaftar dengan SPR akan membuat pemilihan wakil rakyat masing-masing. Selepas 8 Mac 2008 penduduk Machang Bubok akan mendapat seorang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru.


Parlimen Bukit Mertajam mempunyai seramai 58,763 pengundi dan pecahan mengikut kaum seperti berikut :-

Melayu : 10,930 (18.60%)
China: 42,691 (72.65%)
India: 4,995 (8.50%)
Lain : 118 (0.24%)
Berdasarkan pilihan raya 2004

Sementara kerusi Dewan Undangan Negeri pula mempunyai pengundi seramai 19,338dan pecahan mengikut kaum seperti berikut :-

Melayu: 7,863 (40.66%)
China: 9,671 (50.01%)
India: 1,766 (9.13%)
Lain-lain: 39 (0.20%)


Jadi siapakah yang bakal dipilih oleh rakyat negara ini untuk membentuk kerajaan persekutuan? Siapa pula yang akan dipilih oleh rakyat negeri Pulau Pinang untuk menerajui kerajaan negeri? Dan siapa pula yang akan dipilih oleh warga Bukit Mertajam dan warga Dewan Undangan Negeri Machang Bubok untuk menjadi wakil mereka? Siapa pula yang dipilih oleh penduduk Machang Bubok di peti undi kampung ini yang akan diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Machang Bubok.

Satu nasihat Blog Master Machang Bubok agar seluruh rakyat Malaysia dan Pulau Pinang khususnya warga Bukit Mertajam dan Dewan Undangan Negeri Machang Bubok agar membuat pilihan yang tepat. Sebelum membuat pemilihan rakyat khususnya warga kampung Machang Bubok dinasihatkan untuk menggunakan akal dan pemikiran yang Allah anugerahkan kepada kita . Kita disaran untuk mendengar seberapa banyak maklumat yang boleh baik daripada pihak pemerintah mahu pun pembangkang. Maklumat pembangkang boleh diperolihi daripada pentas- pentas ceramah kalau rajin dan kalau malas hendak pergi dapatkah Harakah, Suara Keadilan dan juga lawat web dan blog-blog yang bercambah yang akan memberikan maklumat. Masyarakat juga di nasihatkan untuk membaca akhbar arus perdana.

Setelah mendapat semua sumber tanpa sebarang prajudis gunakan akal yang Allah anugerahkan kepada kita untuk membuat pemilihan yang tepat. Jangan tersalah pilih! Tepuk dada tanya akal yang ditanya selera kerana selera bernafsu.
SELAMAT MENGUNDI

Ahad, 10 Februari 2008

MESYUARAT AGUNG MASJID

Mesyuarat Agung Qariah Masjid Jamek Machang Bubok akan di adakan pada 16hb. Februari 2008 pada Jam 9.30 Malam. Semua ahli kariah masjid diminta dapat melapangkan masa untuk menghadirinya.

Sabtu, 9 Februari 2008

SUDUT PANDANGAN

BERSATU UNTUK MAJUKAN KAMPUNG
KAMPUNG Machang Bubok, Bukit Mertajam terletak di tengah-tengah perjalanan daripada Bukit Mertajam dan Kulim melalui Jalan Kulim. Jauhnya daripada kedua-dua bandar itu kira-kira 6 atau 7 kilometer. Kini berhampiran dengan kampung ini telah dibangunkan sebuah bandar baru yang dikenali sebagai Bandar Machang Bubok.
Sekiranya Bandar Machang Bubok siap dibangunkan maka kampung Machang Bubok adalah kampung yang berada di pinggir bandar. Jadi masyarakat kampung Machang Bubok perlu menyiapkan diri daripada mengahadapi arus kemajuan ini. Arus kemajuan selain membawa kemudahan dan peluang pekerjaan juga akan membawa penyakit sosial yang mungkin akan meresahkan ibu-bapa yang mempunyai anak-anak kecil dan remaja.

Masyarakat Machang Bubok perlu bersiap sedia bagi menghadapi dan menyertai arus kemajuan ini serta mencari ubat untuk mencegah penyakit sosial yang akan melanda masyarakat. Jesteru itu pihak JKKK yang menjadi badan NGO tertinggi dan di iktiraf oleh pihak kerajaan harus melakukan sesuatu. JKKK bukan saja tempat orang kampung mengadu masalah dan mereka meminta peruntukkan kerajaan malah JKKK boleh bertindak lebih jauh sebagai agen perubahan, kemajuan serta keselamatan anggota masyarakat.

Pihak JKKK wajar membentuk jawatankuasa biro dan anggotanya terdiri daripada mereka yang memang mahir dan berkemanpuan di dalam sesuatu bidang. Perlantikan jawatankuasa biro ini jangan diambil kira ideologi politik yang penting beliau orang kampung dan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan tugas. Dan mereka yang mempunyai ideologi politik yang berlianan disaran agar turut serta memberikan sumbangan dalam usaha membangunkan kampung ini.

Sebenarnya kampung Machang Bubok mempunyai pelbagai tokoh yang pakar dalam pelbagai bidang di Machang Bubok ada doktor, peguam, ada pegawai tinggi bank, ada bekas pegawai tinggi kerajaan, ada tokoh agama, ada remiser, ada tokoh sukan, ada aktivis masyarakat yang boleh menggerakkan masyarakat. Malah ada masanya kita boleh mendapatkan idea dan kepakaran tokoh-tokoh anak kampung yang tinggal di luar seperti YB. Shabudin Yahya, ADUN Permatang Beranggan yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Aziz Ismail bekas Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan banyak lagi.

Jadi sebelum semua ini dibuat pihak pengerusan tertinggi JKKK harus menilai kebolihan dan keupayaan setiap anggota JKKK yang ada, samada mereka mampu menjadi agen penggerak perubahan dan kemajuan untuk kampung. Kalau sekadar pergi angkat tangan untuk menyokong saja lebih baik digugurkan. Malah ada yang langsung tidak pernah memberikan sebarang idea dan pendapat kepada jawatankuasa sepanjang duduk sebagai jawatankuasa JKKK juga perlu digugurkan.

Demi kemajuan kampung maka seluruh masyarakat kampung tidak kira ideologi politik perlu bersatu untuk membangunkan kampung. Kita jangan menjadi taksub dengan ideologi politik. Kita jadikan ideologi politik sebagai alat untuk menterjemahkan ideologi kita dalam usaha membangunkan masyarakat seterusnya agama.

Jesteru itu pihak pengurusan tertinggi JKKK perlu menilai keupayaan setiap anggota masyarakat untuk dicalonkan sebagai anggota JKKK dalam perlantikan yang akan datang. Memang kita sedar pihak kerajaan tidak akan melantik aktivis-aktivis pembangkang membarisi jawatankuasa ini tetapi carilah mereka yang berkemanpuan dan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. Sementara aktivis politik pembangkang yang bberkemampuan pula disenaraikan membarisi jawatankuasa biro. Dan aktivis pembangkang pula disarankan untuk menerima perlantikan ini demi untuk kemajuan kampung.

Sebenarnya inilah masalah utama yang melanda kampung Machang Bubok aktivis politik kerajaan dan aktivis politik pembangkang tidak boleh duduk semeja dan berbincang demi untuk kemajuan masyarakat kampung. Masing-masing macam endau dalam belukar cuba melepaskan pucuk masing-masing. Jika sikap ini terus diamalkan kemajuan masyarakat pasti terbantut dan tidak akan pergi ke mana dan masyarakat kampung akan terhimpit dengan arus kemajuan dan dijangkiti masalah sosial yang kronik dan sukar untuk dibenteras.