Khamis, 23 Oktober 2008

HARI ULANG TAHUN BLOG MACHANG BUBOK

Alhamdulillah sedar tak sedar blog pertama saya blog MACHANG BUBOK hari ini telah mencecah usia setahun beredar di alam maya ini. Dalam usia setahun blog MACHANG BUBOK telah berjaya menerima pengunjung seramai 805 orang.

Walaupun bilangan itu tidak besar tetapi memadailah dengan kekurangan peralatan serta kekurangan masa disebabkan terpaksa menjalankan tugas dan tanggungjawab lain dalam memenuhi kehidupan ini. Dan blog yang hanya berkisar cerita kampung maka memang padanlah dengan kehadiran pelawat sebanyak itu.

Namun begitu, saya puas sekurang-kurangnya bakat anugerah Ilahi serta masa yang amat berharga ini dapat saya menafaatkan kepada untuk masyarakat. Blog ini dibina bertujuan memberikan maklumat kepada anak-anak kampung Machang Bubok yang tinggal di luar untuk mengikuti perkembangan yang berlaku di kampung kelahiran mereka.

Walaupun saya selalu terlepas untuk melapur peristiwa yang berlaku kerana bertembung dengan tugasan lain namun saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik. Cuma saya mengaharpkan sokongan anak-anak kampung baik yang masih menetap dikampung mahupun yang bekerja di luar untuk membantu saya agar perjalanan blog ini akan lebih baik. Bagi yang boleh menulis dan mengambil gambar, hantarlah bahan kepada saya dan bagi yang lain Tuan/Puan boleh menderma kepada Tabung Pengurusan Blog atau menyertai SAHABAT BLOG MACHANG BUBOK.

Disamping blog Machang Bubok saya juga telah membina sebanyak 11 buah blog lain yang berligar di alam maya ini. Tapi buat masa ini tumpuan khusus untuk blog WARTAWAN RAKYAT dan BICARA UMMAH. Saya amat yakin blog WARTAWAN RAKYAT akan mengatasi blog-blog lain disegi kunjungan pelawat dalam masa beberapa bulan yang akan dating. Akan tetapi blog-blog lain tetap akan saya beri perhatian juga.

Semoga sambutan ulang tahun pertama blog MACHANG BUBOK akan menyemarakkan lagi semangat saya untuk terus menulis diblog yang saya bina termasuk blog MACHANG BUBOK.
Sekian, SELAMAT MEMBACA.