Memaparkan catatan dengan label BERITA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA. Papar semua catatan

Selasa, 25 November 2014

Gempar di sekolah Menengah Machang Bubok

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata, telah menerima laporan daripada seorang guru yang menemui satu janin manusia dipercayai berusia tiga bulan dalam tandas perempuan  sekolah menengah di Machang Bubok, di Bukit Mertajam semalam.

Selepas menerima laporan sepasukan polis  telah dihantar dan dihantar ke lokasi berkenaan dan menjalankan pemeriksaan, janin itu ditemui di atas lantai dalam tandas tersebut.

"Siasatan oleh Unit Forensik mendapati kematian janin tersebut kerana keguguran dan polis menghantar janin tersebut ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat," katanya semalam.
Pihak  polis telah merekodkan keterangan beberapa individu termasukguru di sekolah berkenaan bagi membantu siasatan dan akan meneruskan siasatan.

Selasa, 17 Disember 2013

BANJIR BESAR MELANDA KAMPUNG


Baru-baru ini Machang Bubok dilanda banjir yang agak teruk. Hampir 80% kampung ini dinaiki air. Mengikut sejarah kampung banjir ini adalah antara yang besar pernah dialami oleh penduduk. Pertama kali dulu pada tahun 2007.


Blog Machang Bubok berharap agar pihak JKKK (P) dan JKKK duduk berbincang bersama bagi mengatasi masalah ini. Mungkin pihak JKKK (P) boleh memohon sesuatu peruntukkan yang besar bagi mengatasi banjir setelah mengenal pasti masalahnya dan begitu juga JKKK.






Jumaat, 21 Mac 2008

PEMBANGKANG MENANG KERUSI PARLIMEN DAN DUN

DALAM pilihanraya umum ke 12 kerusi kampong Machang Bubok berada dibawah kerusi Parlimen Bukit Mertajam. Di Parlimen Bukit Mertajam BN menonjolkan calon daripada MCA seorang Ahli Majlis MPSP Ong Tang Chuan manakala pembangkang mengekalkan Ahli Parlimen lepad daripada DAP Chong Eng.

Calon BN/MCA Ong Tang Chuan mendapat 22,050 undi manakalan Chong Eng daripada DAP memperolihi 27,817 dan undi rosak 931. Jadi bagi kerusi parlimen ini Chong Eng berjaya mengekalkan kerusi ini dengan majoriti 5,767 undi.

Bagi pengundian kerusi ini di peti undi sekolah Rendah Kebangsaan Machang Bubok calon BN/MCA kalah semua saloran :- saloran 1 = 116 undi, saloran 2 = 225 undi, saloran 3 = 177 undi manakala saloran 4 = 170. Jumlah keseluruhan calon BN/MCA di peti undi sebanyak 688 undi.

Manakala calon DAP yang diwakili oleh Chong Eng telah berjaya mencatit kemenangan di semua saloran di peti undi ini : saloran 1 = 131 undi, saloran 2 = 297 undi, saloran 3 = 303 undi dan saloran 4 = 309 undi. Jumlah undi keselurohan DAP di peti undi ini ialah 1040 undi.

Jadi untuk peti undi ini caloan DAP berjaya menang dengan majoriti 352 undi.


Bagi kerusi DUN Machang Bubok pula BN yang diwakili oleh GERAKAN telah menampilkan Datuk Lee Kah Choon untuk bertanding mengantikan Datuk Dr. Toh Kin Woon. Datuk Lee Kah Choon bekas Ahli Parlimen Jelutong adalah salah seorang bakal Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN terus berkuasa di Pulau Pinang.

Sementara pembangkang di wakili oleh calon Parti KeaDILan Rakyat yang mempertaruhkan aktivis masyarakat china di Bukit Mertajam yang juga Ketua PKR Bukit Mertajam. Beliau ialah Tan Hock Leong.

Dalam pilihanraya ini calaon PKR iaitu Tan Hock Leong telah mengalahkan calon BN/GERAKAN dengan majoriti 4080 undi. Calon PKR memperolihi undi sebanyak 11,002 undi manakala calon BN/GERAKAN yang diwawarkan salah seorang bakal Ketua Menteri Pulau PInang hanya mendapat 6922 undi.

Pengundian bagi kerusi DUN Machang Bubok di peti undi Sekolah Kebangsaan Machang Bubok sekali lagi menyaksikan pembangkang yang kali ini diwakili oleh PKR telah menang dengan kelebihan jhj undi.

Tan Hock Leong daripada PKR memperolihi undi seperti berikut, saloran 1 = 136, saloran 2 = 350, saloran 3 = 308 nakala saloran 4 = 304 undi. Jumlah keseluran undi calon PKR di peti undi ini ialah 1098 undi.
Sementara calon BN/GERAKAN kalah disemua saloran di peti undi ini. Beliau memperolihi undi sebanyak 120 di saloran 1, saloran 2 = 222, saloran 3 = 186 dan saloran 4 = 180. Jumlah keseluruhan undi calon BN/GERAKAN di peti undi ini ialah 708.

Calon PKR menang dengan majoriti 390 di peti undi ini.

Persoalannya kini, mengapa keadaan ini berlaku sedangkan suatu masa dulu peti undi ini adalah antara kubu kuat BN? Sepanjang 12 kali pilihanraya peti undi ini di rasakan menyaksikan BN kalah sebanyak tiga kali di tangan pembangkang, iaitu tahun 1969 di mana GERAKAN yang bertindak sebagai pembangkan telah menampilkan Harun Sirat, pada tahun 1999 apabila gelombang reformasi yang di bawa oleh Datuk Seri Anwar dan pada pilihanraya kali ini sekali lagi menyaksikan Datuk seri Anwar membawa gelombang harapan untuk malaysia baru.

Disamping isu-isu nasional yang tak mungkin ditangkis oleh pemimpin BN tempatan terdapat juga pelbagai isu tempatan yang tidak ditangani dengan baik oleh pemimpin tempatan yang diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN khususnya UMNO di parlimen Bukit Mertajam.

Misalnya masalah banjir yang sering melanda kampong ini tidak pernah mendapat perhatian daripada pihak berkuasa walaupun memang seringkali dibawa oleh anggota JKKK dalam mesyuarat bulanan mereka. Isu padang bola untuk sekolah dan masyarakat tempatan juga di pandang sepi oleh pihak berkuasa. Isu ini bukan saja pernah dibawa oleh pihak sekolah malah pihak JKKK namun tidak pernah mendapat perhatian. Isu Ketua UMNO Cawangan yang juga Pembantu khas ADUN Machang Bubok tidak menjalankan tugas dengan baik dan seringkali memberikan bantuan dan peruntukan untuk kaum kerabatnya menimbulkan kemarahan orang kampung. Isu bekalan air paip untuk penduduk dan beberapa isu lagi yang langsung tidak dipedulikan oleh pihak yang berkuasa,

Sekiranya isu-isu ini tidak ditangani oleh BN yang masih menerajui kepimpinan negara yakinlah peti undi ini akan terus menjadi milik pembangkan lebih-lebih lagi pembangkang telah berjaya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang.

Ahad, 10 Februari 2008

MESYUARAT AGUNG MASJID

Mesyuarat Agung Qariah Masjid Jamek Machang Bubok akan di adakan pada 16hb. Februari 2008 pada Jam 9.30 Malam. Semua ahli kariah masjid diminta dapat melapangkan masa untuk menghadirinya.

Khamis, 15 November 2007

BERITA TERKINI

8 PELAJAR SEKOLAH MACHANG BUBOK DAPAT 5A
SEKOLAH Rendah Kebangsaan Machang Bubok berjaya mencapai kejayaan yan memberansangkan apabila 8 pelajar daripada keseluruhan 66 pelajar darjah 6 yang menduduki peperiksaan UPSR 2007 yang baru diumumkan berjaya mendapat 5A.
Menurut Cikgu Zainalabidin yang ditemui selepas menerima keputusan tersebut, pada keseluruhannya sekolah ini mendapat 56% lulus. Selain 8 pelajar yang mendapat 5A, 5 pelajar lain mendapat4A/1B dan 5 pelajar lagi mendapat 4A/1C.
Pelajar yang mendapat 5A terdiri daripada Muhd. Hisyam Bin Abdul Halim, Muhd Nur Iman Bin Aziz, Muhd Syakir Abdul Aziz, Shukies Naidu A/L Gunaselan, Nurul Izzatie Binti Ismani, Nurul Nadia Binti Saad, Norshahira Binti Ismail dan Ummul Aqeela Balkis Binti Muhd Talha.
Hanya Nurul Nadia Binti Saad dan Norshahira Ismail adalah anak kampung Machang Bubok. Nurul Nadia anak Lan Hj. Dolah dan Norshahira Ismail adalah cucu kepada arwah Pak Jang Husien.
Rata-rata penduduk yang ditemui melahirkan rasa senang dan gembira dengan keputusan tersebut dan kebanyakan mereka berharap agar anak-anak kampung Machang Bubok akan mencapai keputusan yang lebih baik lagi dalam peperiksaan tersebut tahun depan.
Jesteru itu, mereka menyeru dikalangan orang kampung yang mempunyai anak yang pada tahun ini mempunyai anak yang berlajar di darjah enam agar memberikan sedikit perhatian kepada anak-anak agar anak-anak mereka dapat mencipta keputusan yang lebih baik lagi.