Monday, November 24, 2014

Gempar di sekolah Menengah Machang Bubok

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata, telah menerima laporan daripada seorang guru yang menemui satu janin manusia dipercayai berusia tiga bulan dalam tandas perempuan  sekolah menengah di Machang Bubok, di Bukit Mertajam semalam.

Selepas menerima laporan sepasukan polis  telah dihantar dan dihantar ke lokasi berkenaan dan menjalankan pemeriksaan, janin itu ditemui di atas lantai dalam tandas tersebut.

"Siasatan oleh Unit Forensik mendapati kematian janin tersebut kerana keguguran dan polis menghantar janin tersebut ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat," katanya semalam.
Pihak  polis telah merekodkan keterangan beberapa individu termasukguru di sekolah berkenaan bagi membantu siasatan dan akan meneruskan siasatan.

Wednesday, November 19, 2014

DUNIA INI KECIL

EMPAT tahun lalu ketika saya berpindah ke Padang Serai, saya teringat masa kecil emak dan adik beradik saya yang di panggil Kak Esah selalu juga datang ke Guar Lobak, tapi saya tak tahu rumah siapa. Saya juga teringat adik beradik saya yang terkenal di kampung dengan panggilan Bakar Debok pernah tinggal di situ. Saya ingat dan berazam untuk cari namun saya tidak punya sebarang pertunjuk.

Cuma setiap kali saya jumpa kawan baru di Padang Serai dan dia beritahu tinggal di Guar Lobak, saya akan bertanya samada dia kenal tak Bakar Debok tapi dia telah lama berpindah tinggal balik di kampung sekejab kemudian berpindah ke Kuala Tasek. Tidak ada seorang pun yang kenal!

Lebih kurang sebulan yang lalu ketika saya duduk di kedai minum air dan baca ‘paper ‘ ada seorang berpangkat Pak Cik duduk bersama saya. Kami bersembang dan saya bertanya dia tinggal di mana. Dia memberitahu saya Terap Batu. Lalu saya bertanya dia samada dia kenal tak Pak Ngah Harun, orang terap batu dan berkahwin dengan orang kampung saya. Pak Ngah Harun ini merupakan seorang ustaz, Tok Imam dan Naib Kadi. Dia kenal sangat-sangat dan bercerita mengenai Pak Ngah Harun.

Kemudian saya memberitahunya saya adalah orang Machang Bubok. Pak Cit tu lalu bertanya, rumah saya dekat mana? Saya berkata belakang sekolah, dia terus bertanya saya anak siapa. Saya bertanya balik, dia kenal siapa orang yang tinggal di belakang sekolah. Dia bertanya saya adakah saya tinggal dekat rumah Esah Karim. Ya dekat sangat dan Esah Karim pangkat Kak, saya jawab. Lalu Pak Cit tu memberitahu dia mereka panggil Paksu Mid dan beritahu saya di situ orang panggil Bakar Boroi. Saya memberitahu yang anak saya kahwin dengan orang Terap Batu dan dia memang kenal besan saya.

Tadi kebetulan kami bertemu lagi dan berbual lagi dan sama-sama hendak balik lalu saya memberitahu Paksu Mid yang saya nak ikut kerana nak tahu di mana rumahnya. Bila masuk rumah dan diperkenal, Maksu, isteri Paksu Mid mula bertanya. Dan akhirnya dia ingat Mak saya dan masa dia ke sana dulu saya masih kecil pakai seluar pendek tak pakai baju, putih dan motel orangnya. Saya ketawa…

Moral cerita kalau kita ingat, berazam dan usaha tak payah banyak, sikit-sikit pun tak mengapa, Allah tetap membuka jalan untuk kita memperolihi atau mendapat apa yang kita nak. Dunia ini memang kecil tanpa pertunjuk yang jelas dan kuat orang yang saya ingat dan cari jumpa juga. Alhamdulillah.

Monday, December 23, 2013

PENGGAMBARAN TELEMOVIE

Karya seterusnya dari saya "Pertemuan Di Kaki Gunung Jerai"  telah memulakan pergambaran di Gunung Jerai dan Changloon pada 21-12-2013 hingga 22-12-2013. Pergambaran seterusnya  di Taman Mutiara, Simpang Empat, Taman Bunga Raya, Pejabar Perumahan Aseania Bukit Mertajam, Safira Country Club dan beberapa tempat lain sekitar Bukit Mertajam dan Seberang Jaya.

Maaf orang kampung saya tak upaya bawa penggambaran telemovie ke kampung kerana tidak ada scene yang sesuai.









Tuesday, December 17, 2013

BANJIR BESAR MELANDA KAMPUNG


Baru-baru ini Machang Bubok dilanda banjir yang agak teruk. Hampir 80% kampung ini dinaiki air. Mengikut sejarah kampung banjir ini adalah antara yang besar pernah dialami oleh penduduk. Pertama kali dulu pada tahun 2007.


Blog Machang Bubok berharap agar pihak JKKK (P) dan JKKK duduk berbincang bersama bagi mengatasi masalah ini. Mungkin pihak JKKK (P) boleh memohon sesuatu peruntukkan yang besar bagi mengatasi banjir setelah mengenal pasti masalahnya dan begitu juga JKKK.






Saturday, November 20, 2010

Pemuda Machang Bubok Sertai RELA

IKATAN Relawan Rakyat Malaysia atau ringkasnya RELA telah Berjaya menarik golongan muda di Machang Bubok menyertainya. Penubuhannya ini digerakan oleh seorang tenaga muda Machang Bubok, Arshad Osman. Beliau adalah Penguatkuasa MPPP dan bekas Ahli Angkat Berat Negeri Pulau Pinang.

Menurut Arshad, pada mulanya terdapat pelbagai halangan ketika mula-mula hendak menubuhkan pasukan ini. Terlalu banyak masalah dan gangguan sehingga boleh membantutkan usaha ini. Namun berkat ketabahan dan kesungguhan kawan-kawan akhirnya pasukan ini tetap berjaya ditubuhkan.

“Alhamdulillah kini saya telah berjaya mengumpulkan 70 orang anggota. Rata-rata anggotanya terdiri daripada anak-anak muda di kampung ini. Kini permintaan dikalangan masyarakat kampung untuk menyertai RELA telah meningkat malah yang membanggakan saya terdapat juga anak-anak gadis yang mengemukakan permohonan menyertai pasukan ini.”

“Saya yakin kami mampu mengumpul lebih 100 orang anggota RELA dalam waktu yang terdekat ini. Kami juga sedang beruseha untuk menganjurkan pelbagai program untuk masyarakat kampung.” Katanya ditemui bloger semas Program Jamuan Hari Raya Korban dan pendaftaran anggota baru yang di buat di padang Taman Jambu.

Program tersebut disertai oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, YB. Senator Datuk Musa Hj. Sheikh Fadzir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajm Ramlan Ishak, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Fauzi Sharif serta Pegawai RELA Seberang Perai Tengah.

Arshad seterusnya melahirkan rasa terima kasih kepada YB. Senator Datuk Musa Hj. Sheikh Fadzir yang banyak memberikan bantuan dan kerjasama kepada pasukan RELA Machang Bubok.

“Saya juga berharap untuk mendapatkan kerjasama yang baik daripada anggota masyarakat Machang Bubok. Saya menyeru ibu-bapa di kampung ini agar mengalakkan anak-anak mereka untuk menyertai pasukan ini."

“Diyakini dengan penyertaan anak-anak muda dalam pasukan RELA dapat menghindarkan mereka daripada terjebak dengan masalah sosial yang nampak agak gawat di kampung ini. Disamping itu mereka dapat menaburkan khidmat bakti kepada masyarakat.” Katanya.

Tuesday, March 3, 2009

SUKAN

SUKANEKA DI SEKOLAH RENDAH MACHANG BUBOK

LEBIH kurang 10 hari lepas Sekolah Rendah Kebangsaan Machang Bubok yang merupakan diantara sekolah rendah tertua di Seberang Perai Tengah telah berjaya mengadakan sukan tahunan. Memandangkan sekolah tersebut tidak mempunyai padang yang luas maka pihak sekolah tersebut hanya mampu mengadakan SUKANEKA.


Saya sedih kerana sekolah tersebut diantara sekolah yang tertua di Seberang Perai Tengah telah dianak tirikan. Dulu semasa saya masih kecil di sekolah tersebut terdapat gelanggang sepaktakraw, padang bola serta padang permainan bola jaring. Setiap kali mengadakan sukan tahunan begitu meriah sekali.


Saya hairan dengan sikap pihak Kementerian Pendikan khususnya Pejabat Pendidkan Negeri dan Daerah, apabila hendak membuat tambahan bangunan atau apa saja mereka akan mengunakkan kawasan lapang yang ada sehinggakan kawasan padang permainan langsung tidak ada. Inilah salah satu penyumbang ke arah gejala sosial dan budaya berpelesaran anak-anak-anak melayu.


Kerajaan pimpinan BN yang dikuasai oleh UMNO yang dikatakan menjaga kepentingan melayu nampaknya sudah tidak lagi berfungsi. Cuba kita bandingkan bersebelahan kampung Machang Bubok terdapat Perkampungan Machang Bubok yang rata-rata penduduknya dikalangan orang Cina, di sana terdapat pasar dewan orang ramai yang besar, dewan sekolah juga luas malah jalanraya disetiap lorong malah di sana juga terdapat sebuah sekolah Jenis Kebangsaan China Kay Sin.


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kay Sin itu mempunyai sebuah padang yang boleh digunakan oleh pihak sekolah dan juga orang awam siap dengan tempat menonton sepertimana stadium dan terdapat dua gelanggang bola keranjang sedangkan di Sekolah Rendah Kebangsaan padang permainan pun tak ada.


Kenapa kepimpinan UMNO cawangan dan bahagian tidak melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan ini sedangkan pada penggal lepas wakil rakyat DUN Machang Bubok Datuk Dr. Toh Kin Woon adalah Exco yang menjaga pendidikan.


Jesteru itu saya amat berharap demi untuk murid-murid sekolah dan masyarakat kampung, Pengerusi JKKK(P) Hj. Hamid Yahya (gambar), Ketua UMNO Cawangan Sabarudin Md Hashimdan Ketua UMNO bahagian datuk Hj. Musa Hj. Sheikh Fadzir perlu memberikan perhatian serius terhadap isu ini kerana ianya melibatkan kepentingan anak bangsa. Berjuanglah untuk memperbetulkan keadaan ini tumpang masih ada kuasa.

Wednesday, November 5, 2008

BUKIT SERAYA BAKAL MUNCUL DI TV3

ANAK-ANAK muda serta kanak-kanak yang tinggal di kampung Machang Bubok tetapi tidak pernah melihat atau menjejakkan kaki di Bukit Seraya kini boleh melihatnya di kaca televisyen tidak lama lagi. Nantilah program Misteri Nusantara yang bakal di siarankan nanti.

Menurut sumber daripada TV3 program Misteri Nusantara musim akan datang akan bermula pada 26 Disember 2008 dan cerita Bukit Seraya bakal disiarkan pada episode yang keempat iaitu pada 16 Januari 2009.

Krew program Misteri Nusantara dari TV3 telah dating membuat pergambaran di Bukit Seraya pada . Krew ini diketuai oleh pengacara program tersebut Shanun Hanif dan disertai oleh Roslan bertindak sebagai jurukamera, Zuraiti Ismail dan Sofia, pelatih daripada UITM.

Sementara orang kampung yang menyertai proram ini terdiri daripada Dahaman, Yaakob, Hashim, Ayob, Hadi serta saya sendiri yang bertindak sebagai cordinator.


Memang Bukit Seraya menyimpan begitu banyak cerita misteri antaranya Saleh yang dikenali dengan Saleh gila didakwa menembak kera putih di atas bukit itu. Nan anak Pak Lah telah mati lepas di kolam Bukit Seraya. Semasa mencari mayat Nan pelbagai peristiwa aneh dialami oleh orang kampung. Masih ramai orang kampung yang boleh mencerita peristiwa itu.


Walaupun majority orang kampung mengharapkan pihak TV3 membongkar dan mendedahkan segala cerita misteri di atas Bukit Seraya namun saya rasa pihak penerbit Misteri Nusantara banyak membicarakan soal sejarah dan diselit sedikit kisah misteri. Sama-samlah kita tunggu siarannya tidak lama lagi.

Thursday, October 23, 2008

HARI ULANG TAHUN BLOG MACHANG BUBOK

Alhamdulillah sedar tak sedar blog pertama saya blog MACHANG BUBOK hari ini telah mencecah usia setahun beredar di alam maya ini. Dalam usia setahun blog MACHANG BUBOK telah berjaya menerima pengunjung seramai 805 orang.

Walaupun bilangan itu tidak besar tetapi memadailah dengan kekurangan peralatan serta kekurangan masa disebabkan terpaksa menjalankan tugas dan tanggungjawab lain dalam memenuhi kehidupan ini. Dan blog yang hanya berkisar cerita kampung maka memang padanlah dengan kehadiran pelawat sebanyak itu.

Namun begitu, saya puas sekurang-kurangnya bakat anugerah Ilahi serta masa yang amat berharga ini dapat saya menafaatkan kepada untuk masyarakat. Blog ini dibina bertujuan memberikan maklumat kepada anak-anak kampung Machang Bubok yang tinggal di luar untuk mengikuti perkembangan yang berlaku di kampung kelahiran mereka.

Walaupun saya selalu terlepas untuk melapur peristiwa yang berlaku kerana bertembung dengan tugasan lain namun saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik. Cuma saya mengaharpkan sokongan anak-anak kampung baik yang masih menetap dikampung mahupun yang bekerja di luar untuk membantu saya agar perjalanan blog ini akan lebih baik. Bagi yang boleh menulis dan mengambil gambar, hantarlah bahan kepada saya dan bagi yang lain Tuan/Puan boleh menderma kepada Tabung Pengurusan Blog atau menyertai SAHABAT BLOG MACHANG BUBOK.

Disamping blog Machang Bubok saya juga telah membina sebanyak 11 buah blog lain yang berligar di alam maya ini. Tapi buat masa ini tumpuan khusus untuk blog WARTAWAN RAKYAT dan BICARA UMMAH. Saya amat yakin blog WARTAWAN RAKYAT akan mengatasi blog-blog lain disegi kunjungan pelawat dalam masa beberapa bulan yang akan dating. Akan tetapi blog-blog lain tetap akan saya beri perhatian juga.

Semoga sambutan ulang tahun pertama blog MACHANG BUBOK akan menyemarakkan lagi semangat saya untuk terus menulis diblog yang saya bina termasuk blog MACHANG BUBOK.
Sekian, SELAMAT MEMBACA.

Friday, August 8, 2008

SUKAN

PASUKAN BOLASEPAK MACHANG BUBOK KALAH DI SUKU AKHIR
PASUKAN Bolasepak Machang Bubok kalah 4-3 sepakan panalti di tangan pasukan Wira Muda dalam perlawanan liga kalah mati anjuran Persatuan Bolasepak Veteran Bukit Mertajam.

Perlawanan yang berlangsung di padang umum kem Machang Bubok berjalan begitu hebat dan para pemain muda Machang Bubok menunjukkan satu permainan yang hebat walaupun terpaksa berdepan dengan pasukan Wira Muda yang mempunyai beberapa orang pemain pelapis Pulau Pinang.

Sebelum Berjaya melangkah ke perlawanan ini pasokan Machang Bubok telah Berjaya mengalahkan pasokan Kebun Sireh 7-0, Kampong Tok Panjang 4-0 dan Tok Kun Bawah 2-0.

Sunday, June 22, 2008

FIKRAH BLOG MASTER

Azam & Semangat Baru
ALHAMDULILLAH blog MACHANG telah berada di alam maya hampir setahun. Walaupun pengunjung yang melawati blog ini masih amat kecil hanya 500 lebih hit namun saya tetap berpuas hati. Ini kerana saya sedar blog ini masih mempunyai terlalu banyak kelemahan dan persembahannya masih kurang menarik. Insya Allah di masa-masa yang akan datang saya akan cuba memperbaiki persembahan untuk menarik lebih banyak pengungjung.

Pada awal pembinaan blog ini saya tidak merancang untuk membina blog lain kecuali NURZAMAN ONLINE dan blog ini akan menyiarkan segala aktiviti dan program yang diadakan di Machang Bubok sementara blog NURZAMAN ONLINE akan dijadikan wadah untuk saya melahirkan apa saja pandangan. Akan tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakan saya gagal untuk melapurkan segala aktiviti dan program di kampung kelahiran saya. Insya Allah selepas ini saya akan cuba membuat liputan sekadar kemampuan.

Walaupun saya gagal untuk melaksanmakan tanggungjawab terhadap blog NURZAMAN ONLINE dan blog MACANG BUBOK namun akhirnya satu demi satu blog muncul di alam maya seperti BICARA UMMAH, CITRA CINTA, FIKRAH MUSLIM, USAHAWAN ONLINE DAN BAZAR IKLANEKA dan yang terbaharu blog HERBA Insya Allah selepas ini akan muncul satu atau dua lagi blog.

Insya Allah, saya akan cuba sedaya upaya untuk memaparkan bahan-bahan baru dalam setiap blog yang berada di alam maya walaupun saya sedar terpaksa menghadapi masalah komitmen dengan perkara-perkara yang penting dalam usaha mencari rezeki namun saya tetap akan beruseha sebaik mungkin. Saya berdoa dan berharap beberapa bulan akan datang saya akan dapat mengatasi segala permasalah dan merealisasikan hasrat saya ini.

Sekian, terima kasih.