Jumaat, 21 Mac 2008

PEMBANGKANG MENANG KERUSI PARLIMEN DAN DUN

DALAM pilihanraya umum ke 12 kerusi kampong Machang Bubok berada dibawah kerusi Parlimen Bukit Mertajam. Di Parlimen Bukit Mertajam BN menonjolkan calon daripada MCA seorang Ahli Majlis MPSP Ong Tang Chuan manakala pembangkang mengekalkan Ahli Parlimen lepad daripada DAP Chong Eng.

Calon BN/MCA Ong Tang Chuan mendapat 22,050 undi manakalan Chong Eng daripada DAP memperolihi 27,817 dan undi rosak 931. Jadi bagi kerusi parlimen ini Chong Eng berjaya mengekalkan kerusi ini dengan majoriti 5,767 undi.

Bagi pengundian kerusi ini di peti undi sekolah Rendah Kebangsaan Machang Bubok calon BN/MCA kalah semua saloran :- saloran 1 = 116 undi, saloran 2 = 225 undi, saloran 3 = 177 undi manakala saloran 4 = 170. Jumlah keseluruhan calon BN/MCA di peti undi sebanyak 688 undi.

Manakala calon DAP yang diwakili oleh Chong Eng telah berjaya mencatit kemenangan di semua saloran di peti undi ini : saloran 1 = 131 undi, saloran 2 = 297 undi, saloran 3 = 303 undi dan saloran 4 = 309 undi. Jumlah undi keselurohan DAP di peti undi ini ialah 1040 undi.

Jadi untuk peti undi ini caloan DAP berjaya menang dengan majoriti 352 undi.


Bagi kerusi DUN Machang Bubok pula BN yang diwakili oleh GERAKAN telah menampilkan Datuk Lee Kah Choon untuk bertanding mengantikan Datuk Dr. Toh Kin Woon. Datuk Lee Kah Choon bekas Ahli Parlimen Jelutong adalah salah seorang bakal Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN terus berkuasa di Pulau Pinang.

Sementara pembangkang di wakili oleh calon Parti KeaDILan Rakyat yang mempertaruhkan aktivis masyarakat china di Bukit Mertajam yang juga Ketua PKR Bukit Mertajam. Beliau ialah Tan Hock Leong.

Dalam pilihanraya ini calaon PKR iaitu Tan Hock Leong telah mengalahkan calon BN/GERAKAN dengan majoriti 4080 undi. Calon PKR memperolihi undi sebanyak 11,002 undi manakala calon BN/GERAKAN yang diwawarkan salah seorang bakal Ketua Menteri Pulau PInang hanya mendapat 6922 undi.

Pengundian bagi kerusi DUN Machang Bubok di peti undi Sekolah Kebangsaan Machang Bubok sekali lagi menyaksikan pembangkang yang kali ini diwakili oleh PKR telah menang dengan kelebihan jhj undi.

Tan Hock Leong daripada PKR memperolihi undi seperti berikut, saloran 1 = 136, saloran 2 = 350, saloran 3 = 308 nakala saloran 4 = 304 undi. Jumlah keseluran undi calon PKR di peti undi ini ialah 1098 undi.
Sementara calon BN/GERAKAN kalah disemua saloran di peti undi ini. Beliau memperolihi undi sebanyak 120 di saloran 1, saloran 2 = 222, saloran 3 = 186 dan saloran 4 = 180. Jumlah keseluruhan undi calon BN/GERAKAN di peti undi ini ialah 708.

Calon PKR menang dengan majoriti 390 di peti undi ini.

Persoalannya kini, mengapa keadaan ini berlaku sedangkan suatu masa dulu peti undi ini adalah antara kubu kuat BN? Sepanjang 12 kali pilihanraya peti undi ini di rasakan menyaksikan BN kalah sebanyak tiga kali di tangan pembangkang, iaitu tahun 1969 di mana GERAKAN yang bertindak sebagai pembangkan telah menampilkan Harun Sirat, pada tahun 1999 apabila gelombang reformasi yang di bawa oleh Datuk Seri Anwar dan pada pilihanraya kali ini sekali lagi menyaksikan Datuk seri Anwar membawa gelombang harapan untuk malaysia baru.

Disamping isu-isu nasional yang tak mungkin ditangkis oleh pemimpin BN tempatan terdapat juga pelbagai isu tempatan yang tidak ditangani dengan baik oleh pemimpin tempatan yang diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN khususnya UMNO di parlimen Bukit Mertajam.

Misalnya masalah banjir yang sering melanda kampong ini tidak pernah mendapat perhatian daripada pihak berkuasa walaupun memang seringkali dibawa oleh anggota JKKK dalam mesyuarat bulanan mereka. Isu padang bola untuk sekolah dan masyarakat tempatan juga di pandang sepi oleh pihak berkuasa. Isu ini bukan saja pernah dibawa oleh pihak sekolah malah pihak JKKK namun tidak pernah mendapat perhatian. Isu Ketua UMNO Cawangan yang juga Pembantu khas ADUN Machang Bubok tidak menjalankan tugas dengan baik dan seringkali memberikan bantuan dan peruntukan untuk kaum kerabatnya menimbulkan kemarahan orang kampung. Isu bekalan air paip untuk penduduk dan beberapa isu lagi yang langsung tidak dipedulikan oleh pihak yang berkuasa,

Sekiranya isu-isu ini tidak ditangani oleh BN yang masih menerajui kepimpinan negara yakinlah peti undi ini akan terus menjadi milik pembangkan lebih-lebih lagi pembangkang telah berjaya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang.