Tuesday, March 3, 2009

SUKAN

SUKANEKA DI SEKOLAH RENDAH MACHANG BUBOK

LEBIH kurang 10 hari lepas Sekolah Rendah Kebangsaan Machang Bubok yang merupakan diantara sekolah rendah tertua di Seberang Perai Tengah telah berjaya mengadakan sukan tahunan. Memandangkan sekolah tersebut tidak mempunyai padang yang luas maka pihak sekolah tersebut hanya mampu mengadakan SUKANEKA.


Saya sedih kerana sekolah tersebut diantara sekolah yang tertua di Seberang Perai Tengah telah dianak tirikan. Dulu semasa saya masih kecil di sekolah tersebut terdapat gelanggang sepaktakraw, padang bola serta padang permainan bola jaring. Setiap kali mengadakan sukan tahunan begitu meriah sekali.


Saya hairan dengan sikap pihak Kementerian Pendikan khususnya Pejabat Pendidkan Negeri dan Daerah, apabila hendak membuat tambahan bangunan atau apa saja mereka akan mengunakkan kawasan lapang yang ada sehinggakan kawasan padang permainan langsung tidak ada. Inilah salah satu penyumbang ke arah gejala sosial dan budaya berpelesaran anak-anak-anak melayu.


Kerajaan pimpinan BN yang dikuasai oleh UMNO yang dikatakan menjaga kepentingan melayu nampaknya sudah tidak lagi berfungsi. Cuba kita bandingkan bersebelahan kampung Machang Bubok terdapat Perkampungan Machang Bubok yang rata-rata penduduknya dikalangan orang Cina, di sana terdapat pasar dewan orang ramai yang besar, dewan sekolah juga luas malah jalanraya disetiap lorong malah di sana juga terdapat sebuah sekolah Jenis Kebangsaan China Kay Sin.


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kay Sin itu mempunyai sebuah padang yang boleh digunakan oleh pihak sekolah dan juga orang awam siap dengan tempat menonton sepertimana stadium dan terdapat dua gelanggang bola keranjang sedangkan di Sekolah Rendah Kebangsaan padang permainan pun tak ada.


Kenapa kepimpinan UMNO cawangan dan bahagian tidak melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan ini sedangkan pada penggal lepas wakil rakyat DUN Machang Bubok Datuk Dr. Toh Kin Woon adalah Exco yang menjaga pendidikan.


Jesteru itu saya amat berharap demi untuk murid-murid sekolah dan masyarakat kampung, Pengerusi JKKK(P) Hj. Hamid Yahya (gambar), Ketua UMNO Cawangan Sabarudin Md Hashimdan Ketua UMNO bahagian datuk Hj. Musa Hj. Sheikh Fadzir perlu memberikan perhatian serius terhadap isu ini kerana ianya melibatkan kepentingan anak bangsa. Berjuanglah untuk memperbetulkan keadaan ini tumpang masih ada kuasa.

2 comments:

  1. salam kenal..

    sblm ni prnh dtg ke baytulkifli & jd follower kan..tima ksh..

    hmm..blog arzaman sgt informatif eh..nnti bila sng2 sy dtg lg.

    ReplyDelete
  2. Machang Bubuk bukan kat Machang Kelantan????

    ReplyDelete