Sabtu, 29 Disember 2007

UCAPAN

Blog MACHANG BUBOK ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008 kepada semua
khusus untuk warga Kampung Machang Bubok.

Ahad, 23 Disember 2007

KENDURI KORBAN

MASJID Machang Bubok telah mengadakan Majlis Kenduri Korban diperkarangan masjid tersebut pada hari Sabtu bersamaan 22hb. Disember 2007. Sambutan yang diterima daripada masyarakat kampung amat mengalakkan.

Sabtu, 15 Disember 2007

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat Islam. Bagi umat Islam yang melaksanakan korban lakukanlah dengan ikhlas dan mengikut syariat Islam agar pengorbanan yang dibuat mendapat keredaan Allah Azawajalla.
Daripada : Blog Master

KHUTBAH JUMAAT 14HB. DISEMBER 2007

DISAMPAIKAN OLEH TUAN HJ. MUBARAK HJ. HARON
PENOLONG IMAM MASJID JAMEK MACHANG BUBOK
KEMATIAN TETAP AKAN DATANG
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekelian supaya meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa dengan mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Setiap bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, di mana bila ajal sesaorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana sesaorang itu berada, sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Jumu’ah ayat 8 yang bermaksud : “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan kembali kepada AAlah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”


Begitulah apabila nyawa sesaorang telah terpisah daripada jasadnya, maka tinggallah apa yang dimilik sama ada ahli keluarga, sauadara mara dan harta benda yang akan diwarisi oleh kaum keluarga. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar kekubur untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh sementara menunggu hari pembalasan di akhirat.
MUSLIMIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Para alim ulama pernah berkata, kehidupan di dunia yang sementara ini, kadang-kadang menjadikan manusia lupa tentang kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi. Maka kehidupan di dunia ini dianggap sebagai godaan terbesar yang boleh memesongkan manusia dari mengingati Allah SWT, kecuali bagi orang-orang yang berjaya mengurus kehidupan mereka dengan ketakwaan kepada Allah SWT, yang mana ketakwaan tersebut menjadi jambatan emas menuju ke syurga. Persoalannya, mengamat Islam menyuruh umatnya untuk sentiasa mengingati mati?

KLIK UNTUK TEKS PENUH

PENGUMUMAN

IBU KESAYANGAN BLOG MASTER MENINGGAL DUNIA

AL-FATIHAH, ibu kepada Blog Master, Yah Binti Saleh, 79 tahun telah selamat pulang kerahmatullah pada 10hb. Disember 2007 yang lepas bersamaan 30hb. Zulkaedah 1428 Hijrah setelah terlantar sakit lebih kurang satu setengah bulan.

Bagi saya, ini merupakan satu kehilangan yang cukup besar dalam hidup saya kerana emak saya adalah seorang adalah seorang isteri, ibu serta nenek yang cukup baik malah dikalangan saudara-mara, jiran tertangga dan kawan-kawannya mengatakan beliau adalah Raja Manusia.

Kebaikan itu terserlah apabila beliau tidak pernah bergaduh dengan isteri-isteri ayah yang lain. Malah isteri saya juga boleh tinggal sebumbung dengan beliau sejak kami kahwin lebih kurang 22 tahun yang lalu hinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Saya mengambil kesempantan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara-mara, rakan dan taulan yang telah sudi meluangkan masa untuk menziahi jenazah ibu saya.”

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kakak dan Abang saya serta anak-anak mereka yang turut menjaga dan menziarinya sepanjang beliau sakit selama satu setengah bulan itu.”

“Saya yakin walaupun beliau sakit tetapi ini merupakan saat-saat yang cukup bahagia buat dirinya kerana semua anak cucu bukan saja menjaganya malah memberi perhatian yang cukup baik. Malah saya merasa cukup senang dan bahagia apabila sembahyang jenazah dan majlis tahlil turut disertai oleh anak-anak cucunya.”