Khamis, 9 April 2020

RAHSIA SIRIH BERTEMU URAT

APA AGAKNYA RAHSIA SIRIH BERTEMU URAT SEHINGGA DATUK M. NASIR SELITKAN DALAM LAGUNYA. SIRIH BERTEMU URAT DULUNYA MENJADI BURUAN PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL TERMASUK MAK-MAK-MAK BIDAN. APA AGAKNYA RAHSIANYA? IKUTILAH...

Rabu, 1 April 2020

APABILA USIA SUDAH SENJA

AKU sudah tak kuat baik fizikal mahupun mental. Ini sesuai dengan
usiaku yang telah mencapai angka 60 tahun pada 28 Februari lepas. Kini  aku sudah bergelar WARGA EMAS.  Gelaran itu melambangkan kekayaan… tapi bukan
kekayaan wang ringgit dan harta benda tetapi kekayaan pengalaman hidup, hanya sekadar
itu.

Di usia emas ini aku yakin bukan saja aku malah ramai lagi terutama
yang tidak mempunyai pencen menghadapi masalah mendapatkan sumber pendapatan.
Manakala yang lain-lainnya terpaksa berdepan dengan masalah kesihatan.

Nampaknya apabila kita mencapai usia emas ini rasanya cabaran hidup
lagi besar dan hebat kerana ketika ini kekuatan mental dan fizikal sudah jauh
berkurang  jika hendak dibandingkan masa
sebelum ini.

Allah Firmankan dalam Surah Ar-Rum ayat 54 yang bermaksud :” Allah  yang menciptakan kamu dari keadaan lemah,
kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian
Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia
menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha
Kuasa.”

Inilah hakikatnya,  alhamduliillah
Allah masih memberi peluang aku bernafas di alam maya  ini. Buat masa ini aku juga  tidak mengalami sebarang penyakit sakit
kronik yang biasanya dihinggapi oleh mereka yang seusia denganku, Syukur
Alhamdulillah.

 Cuma sakit2  biasa tu adalah, sebagai manusia biasa kita
tidak dapat menghindarinya.  Cuba
beberapa bulan disember lepas  lalu  aku ada mengalami sakit gatal yang agak
serius  tapi sudah jauh berkurang Cuma masih
belum pulih sepenuhnya.

Dalam menghadapi usia senja ini, aku merasakan mungkin aku  sudah tidak lama  menghuni alam raya ini. Aku merasakan begitu
kerana rezekiku semakin sempit. Ada saja yang tak kena.  Ada saja halangan kehadiran rezekiku. Memang
Allah telah menjanjikan rezeki untuk setiap hambaNya.

Firman Allah yang bermaksud “Tidak ada satu makluk melata pun yang
bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya.” Surah Hud : 6.

Allah juga berjanji dalam firmanNya yang bermaksud : “Tidaklah manusia
mendapat apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.” Surah An-Najm :39.

Berdasarkan ayat ini dan ayat yang terdahulu kita adalah jaminan Allah
kepada kita manusia bukan sahaja kepada umat Islam, dan  jaminan Allah itu pasti. Jadi  apabila rezeki kita mula jauh berkurangan dan
apa yang kita usahakan tidak mendatangkan rezeki,  mungkin itulah  tanda-tanda 
masa kita untuk dipanggil pulang.

Mungkin juga kerana Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda,
“Usia umatku berkisar antara 60 hingga 70 tahun. Sedikit sekali di antara
mereka yang melebihi usia tersebut.” (Shahih Ibni Hibban. Muhammad meriwayatkannya
dari Ibnu ‘Arafah, dari al-Muharibi, dari Muhammad ibn `Amr, dari Abu Salamah,
dari Abu Hurairah).

Berdasarkan keadaan yang dinyatakan di atas  dan berpandukan hadis ini juga sebagai umat
baginda Rasulullah kita boleh menjadikan usia baginda Rasulullah iaitu 63
tahun  sebagai kayu pengukur. Seandainya
lebih itu merupakan bonus. Jesteru itu aku sudah tidak mahu terlalu memikirkan
soal dunia. Tumpuan harus diberikan kepada persiapan untuk dipanggil pulang.

Oleh kerana aku masih hidup dan perlu meneruskan kehidupan, maka aku
akan terus buat kerja yang aku rancang 
dalam usaha mencapai sasarannya namun itu bukan lagi keutamaannya. Ada…
itulah rezekiku jika ampak, apa nak buat, aku 
terima dan redha . Lagi pun aku sudah tidak sekuat dulu lagi.

Semoga Allah terus pelihara aku agar tidak menjadi seperti Tun yang
dilihat semakin tua, jadi semakin tamak dan rakuskan  kuasa. Tun dilihat sanggup lakukan apa saja
asalkan terus berkuasa.

Dalam keadaan aku bukan soal kuasa tapi soal  rezeki. In Shaa Allah aku akan buat
sekadar  kemampuanku dan yang datang
itulah rezekiku.  Aku berdoa dan
mengharapkan di usia emas ini Allah mempermudahkan aku mencari bekalan akhirat
dan tetap memberikan aku sedikit habuan dunia untuk aku meneruskan hidup.

Dengarlah suara hatiku yang telah bergelar WARGA EMAS. Sudah tua dan
sudah hilang kekuatan mental dan fizikal namun hidup perlu diteruskan. Aku
bermohon  agar kawan2 sudi bukan saja
like status ini sebaliknya like dan tengok 
slide video ini sama bagi membantu saya mendapatkan WATCHTIME di
Youtube.