Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata, telah menerima laporan daripada seorang guru yang menemui satu janin manusia dipercayai berusia tiga bulan dalam tandas perempuan sekolah menengah di Machang Bubok, di Bukit Mertajam semalam.Selepas menerima laporan sepasukan polis telah dihantar dan dihantar ke lokasi berkenaan dan menjalankan pemeriksaan, janin itu ditemui di atas lantai dalam tandas tersebut.
"Siasatan oleh Unit Forensik mendapati kematian janin tersebut kerana keguguran dan polis menghantar janin tersebut ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat," katanya semalam.
Pihak polis telah merekodkan keterangan beberapa individu termasukguru di sekolah berkenaan bagi membantu siasatan dan akan meneruskan siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan