Saturday, November 20, 2010

Pemuda Machang Bubok Sertai RELA

IKATAN Relawan Rakyat Malaysia atau ringkasnya RELA telah Berjaya menarik golongan muda di Machang Bubok menyertainya. Penubuhannya ini digerakan oleh seorang tenaga muda Machang Bubok, Arshad Osman. Beliau adalah Penguatkuasa MPPP dan bekas Ahli Angkat Berat Negeri Pulau Pinang.

Menurut Arshad, pada mulanya terdapat pelbagai halangan ketika mula-mula hendak menubuhkan pasukan ini. Terlalu banyak masalah dan gangguan sehingga boleh membantutkan usaha ini. Namun berkat ketabahan dan kesungguhan kawan-kawan akhirnya pasukan ini tetap berjaya ditubuhkan.

“Alhamdulillah kini saya telah berjaya mengumpulkan 70 orang anggota. Rata-rata anggotanya terdiri daripada anak-anak muda di kampung ini. Kini permintaan dikalangan masyarakat kampung untuk menyertai RELA telah meningkat malah yang membanggakan saya terdapat juga anak-anak gadis yang mengemukakan permohonan menyertai pasukan ini.”

“Saya yakin kami mampu mengumpul lebih 100 orang anggota RELA dalam waktu yang terdekat ini. Kami juga sedang beruseha untuk menganjurkan pelbagai program untuk masyarakat kampung.” Katanya ditemui bloger semas Program Jamuan Hari Raya Korban dan pendaftaran anggota baru yang di buat di padang Taman Jambu.

Program tersebut disertai oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, YB. Senator Datuk Musa Hj. Sheikh Fadzir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajm Ramlan Ishak, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Fauzi Sharif serta Pegawai RELA Seberang Perai Tengah.

Arshad seterusnya melahirkan rasa terima kasih kepada YB. Senator Datuk Musa Hj. Sheikh Fadzir yang banyak memberikan bantuan dan kerjasama kepada pasukan RELA Machang Bubok.

“Saya juga berharap untuk mendapatkan kerjasama yang baik daripada anggota masyarakat Machang Bubok. Saya menyeru ibu-bapa di kampung ini agar mengalakkan anak-anak mereka untuk menyertai pasukan ini."

“Diyakini dengan penyertaan anak-anak muda dalam pasukan RELA dapat menghindarkan mereka daripada terjebak dengan masalah sosial yang nampak agak gawat di kampung ini. Disamping itu mereka dapat menaburkan khidmat bakti kepada masyarakat.” Katanya.

No comments:

Post a Comment