Sabtu, 23 Februari 2008

WAKIL RAKYAT BARU

SIAPA YANG BAKAL DIPILIH?

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008. Lanjutan daripada tindakan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan mesyuarat pada keesokkannya iaitu pada 14 Februari 2008 dan telah membuat keputusan Penamaan calon Pilihjanraya akan diadakan pada 24 Februari dan hari pengundian akan diadakan pada 8 Mac 2008.

Jadi pada 8 Mac ini seluruh rakyat Malaysia termasuk penduduk kampung Machang Bubok yang berdaftar dengan SPR akan membuat pemilihan wakil rakyat masing-masing. Selepas 8 Mac 2008 penduduk Machang Bubok akan mendapat seorang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru.


Parlimen Bukit Mertajam mempunyai seramai 58,763 pengundi dan pecahan mengikut kaum seperti berikut :-

Melayu : 10,930 (18.60%)
China: 42,691 (72.65%)
India: 4,995 (8.50%)
Lain : 118 (0.24%)
Berdasarkan pilihan raya 2004

Sementara kerusi Dewan Undangan Negeri pula mempunyai pengundi seramai 19,338dan pecahan mengikut kaum seperti berikut :-

Melayu: 7,863 (40.66%)
China: 9,671 (50.01%)
India: 1,766 (9.13%)
Lain-lain: 39 (0.20%)


Jadi siapakah yang bakal dipilih oleh rakyat negara ini untuk membentuk kerajaan persekutuan? Siapa pula yang akan dipilih oleh rakyat negeri Pulau Pinang untuk menerajui kerajaan negeri? Dan siapa pula yang akan dipilih oleh warga Bukit Mertajam dan warga Dewan Undangan Negeri Machang Bubok untuk menjadi wakil mereka? Siapa pula yang dipilih oleh penduduk Machang Bubok di peti undi kampung ini yang akan diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Machang Bubok.

Satu nasihat Blog Master Machang Bubok agar seluruh rakyat Malaysia dan Pulau Pinang khususnya warga Bukit Mertajam dan Dewan Undangan Negeri Machang Bubok agar membuat pilihan yang tepat. Sebelum membuat pemilihan rakyat khususnya warga kampung Machang Bubok dinasihatkan untuk menggunakan akal dan pemikiran yang Allah anugerahkan kepada kita . Kita disaran untuk mendengar seberapa banyak maklumat yang boleh baik daripada pihak pemerintah mahu pun pembangkang. Maklumat pembangkang boleh diperolihi daripada pentas- pentas ceramah kalau rajin dan kalau malas hendak pergi dapatkah Harakah, Suara Keadilan dan juga lawat web dan blog-blog yang bercambah yang akan memberikan maklumat. Masyarakat juga di nasihatkan untuk membaca akhbar arus perdana.

Setelah mendapat semua sumber tanpa sebarang prajudis gunakan akal yang Allah anugerahkan kepada kita untuk membuat pemilihan yang tepat. Jangan tersalah pilih! Tepuk dada tanya akal yang ditanya selera kerana selera bernafsu.
SELAMAT MENGUNDI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan