Tuesday, October 23, 2007

BERITA TERKINI

JKKK Berjaya Siapkan Beberapa Projek

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong, Jalan Gajah Mati dibawah kepimpinan Tuan Hj. Hamid Yahya telah berjaya menyiapkan beberapa projek dalam bulan September lepas.
Menurut Setiauha JKKK, Tuan Hj. Mohd. Jamin Hj. Ahmad antara projek yang berjaya disiapkan ialah projek longkang 'U' dan titi batu di Jalan Masjid dekat sungai, Jalan kampung di tanah lot bersebelahan Taman Bidara dan juga Jalan menuju ke rumah Abdul Rahman Abdullah.
Selain ini pihak JKKK juga telah berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 24 September 2007 bersama 12hb. Ramadhan di masjid Machang Bubok. Majlis sosial lain yang dianjuran ialah Jamuan Hari Raya yang baru saja diadakan pada 21 Oktober yang lalu.
Menurut Mohd. Jamin lagi, kedua-dua projek tersebut mendapat biaya daripada projek K-Bistari anjuran Jabatan Penerangan.
"Jabatan Penerangan juga kini sedang menimbang untuk membina anjung bistari disebelah balai JKKK dengan peruntukan RM5,000.00" katanya.
"Saya juga meminta kerjasama pihak JPS,TNB,Telekom dan Pejabat Daerah Bukit Mertajam mengenai masalah berbangkit di mukim 17. Masalah tersebut mengenai tiang TNB yang menganggu selekoh jalan mini tar, tiang telekom yang telah condong serta sebuah jabatan yang sesuia perlu dibina untuk merentasi parit kem."
"Masalah ini telah dibangkitkan oleh penduduk Hj. Zubir Hj. Md.Zin kepada saya baru-baru ini, dan saya sendiri telah pergi melihat masalah yang dibangkitkan itu." katanya kepada BM Machang Bubok.

No comments:

Post a Comment