Selasa, 23 Oktober 2007

FIKRAH BLOG MASTER

Salam Perkenalan
Assalamualaikum wmkt sebagai pembuka kata dan salam perkenalan kerana inilah pertama kali kita bertemu di ruangan ini. Selepas ini Insya Allah kalau tidak ada aral yang melintang kita akan sentiasa bertemu.
Blog seumpama ini telah lama idamkan, dengan sedikit kepandaian menulis dan mengunakan komputer untuk berbakti kepada kampung dan membantu anak-anak kampung yang berada di perantauan mengikuti segala perkembangan yang berlaku di kampung kelahiran mereka.

Lalu saya telah mengajukan kertas cadangan kepada pihak JKKK untuk menjadi penaung dan membiayai sedikit projek ini. Namun sehingga hari ini saya langsung tidak mendengar sebarang khabar dan berita. Lantas saya ambil keputusan untuk melanksanakan rancangan ini dengan apa yang ada.
Mungkin kepada pihak JKKK dan orang kampung yang berada di sini tidak merasakan sautu keperluan untuk menwujudkan blog seumpama ini kerana mereka dapat merasai sendiri setiap detik apa yang berlaku di kampung ini. Akan tetapi blog seumpama ini amat penting untuk anak-anak kampung yang berada diperantauan kerana mereka akan mengetahui segala perkembangan yang berlaku di kampung.
Mereka akan merasa dekat walaupun tinggal jauh diperantauan dan mereka juga dapat mengubat rasa rindu terhadap kampung halaman. Kata perpatah tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain.
Kemajuan teknologi seperti ini perlu kita gunakan sebaik mungkin untuk kepentingan kita, kawan-kawan dan saudara mara kita. Kemajuan teknologi ini tidak bermakna sekiranya kita tidak mengunakan semaksimum mungkin dalam usaha memajukan masyarakat kita.
Kini saya telah berjaya membina dengan segala kekurangan namun saya tetap akan cuba memberikan persembahan yang terbaik. Jesteru itu saya merancang Program Sahabat Blog Machang Bubok dalam usaha mencari dana untuk membiayai rancangan ini. Disamping itu dana tersebut juga akan disimpan sebahagiannya untuk tujuan Bantuan Pendidkan/Am dan kegiatan sukan di kampung ini.
Jadi apabila program ini dilancarkan saya mohon sokongan masyarakat kampung dan mereka yang berada di perantauan. Saya juga mengalu-alukan sokongan masyarakat luar kampung yang ingin membantu saya mengerakan blog ini dengan menyertai sahabat blog.
Sekiranya semua ini berjalan lancar kita akan dapat lihat perubahan yang lebih baik dapat dilaksanakan kerana mempunyai wang bagi membeli peralatan yang perlu sertai membiayai perbelanjaan mengurus blog.
Insya Allah semuanya sudah berjalan dan menunggu masa dan ketika saja untuk semuanya menjadi yang terbaik. Sekian terima kasih dan Selamat Bertemu Kembali.
wasalam.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan