Tuesday, October 23, 2007

KHASIAT HERBA

Sirih Mampu Menaikkan Nafsu Seks?

Sirih atau nama atau nama saintifiknya Piper Bettle L dari keluarga Piperaceae cukup sinonim dengan tradisi dan adat istiadat orang Melayu. Lantaran itulah saya memilih sirih untuk membicarakan dalam segmen khasiat herba.
Sirih adalah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat melayu dan juga masysrakat india. Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki) yang boleh membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah
Suatu waktu dulu jika kita pergi ke mana-mana rumah orang Melayu mesti kita akan menemui tepak sirih dan jika penghuninya agak tua kita akan menemui gobek sirih. Gobek digunakan untuk melumatkan sirih sebelum dimakan. Sudah menjadi amalan orang Melayu jika hendak bertemu dengan bomoh untuk meminta ubat akan membawa bersama beberapa piak (Helai sirih siap dengan pinang, kapur dan gambir)sirih. Begitu juga upacara pertunangan dan perkahwinan akan ada tepak sirih yang dihias cantik. Malah upacara perasmian majlis-majlis keramaian juga kita dapat melihat tepak sirih.
Dizaman kepahlawanan panglima melayu dulu,sirih juga digunakan secara meluas misalnya misalnya untuk menaikan seri wajah, menambahkan sifat berani dikalangan pahlawan dan hulubalang Melayu. Malah kita dapat lihat filem Hang Tuah lakonan P.Ramlee yang mana memberi sepiak sirih kepada Tun Teja agar Tun Teja dapat melupakan Hang Tuah.
Jadi pengunaan sirih dikalangan orang Melayu amat meluas dikalangan masyarakat Melayu dulu kala. Cuma kini pengunaannya agak terbatas, malah kita juga sudah jarang melihat orang Melayu memakan sirih. Kita juga jarang bertemu dengan bomoh yang mengunakan sirih untuk perubatan.
KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAN LANJUT

No comments:

Post a Comment